Monday, June 11, 2007

Namanya Fahri, Fahri bin Abdullah Shiddiq (:


Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketDan.. cinta terasa ada. Bukan seperti yang selalu sahaja terjadi, dalam hubungan kekasih muda berpacar-pacaran. Tiada bersentuhan tangan, tiada berdua-duaan.. Sungguh malang andai ikatan yang seharusnya murni itu justeru menyebabkan terjadinya maksiat kecil mahupun besar..

Namun di sisi Fahri, terbit ketulusan dan kesungguhan untuk mempertahankan cinta suci di dunia dan akhirat. Begitu indah dan penuh barakah. Menikah – itulah jalannya. Kerna insan beriman yang benar-benar menjaga kesucian cinta itu, dari saat mula hingga akhir, dialah yang akan dapat merasakan kenikmatan luar biasa dari sebuah pernikahan. Sedalam-dalam kasih penuh keredhaan Tuhan. Dan itulah kiranya cinta sejati yang kita semua dambakan ((:

SubhanAllah. Tidak pernah ana rasakan seperti ini. Dalam kagum dan terpesona, terhadap seorang watak dalam novel! :D Aduh... Gimana nih? Hehe. Tapi memang benar, dengan peribadi yang sebegitu soleh dan cukup indah sekali, dengan tutur bahasanya yang halus dan kedekatannya dengan Al-Quran, jelas tidak menghairankan andai Fahri disayangi sehingga 4 gadis! Siapapun bisa terpaut hati.. betul tak bedek! Kak Nadiah pun sama. Hehe! Big Smile

Note: Klik http://sinariee.multiply.com/journal/item/41 untuk download novel Ayat-ayat Cinta dalam file pdf ye! Tapi mungkin ianya dalam bahasa asal Indonesia. Yang ana baca kelmarin dalam versi Bahasa Melayu.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Dan ciri-ciri yang Aisyah isterinya inginkan best jugak sebagai panduan: Suami yang sepenuh hati mencintainya, menjadikan dirinya satu-satunya isterinya, setia dalam suka dan duka, perhatian pada keluarga, dan tidak melalaikan tugas berjuang di jalan Allah. =)

"Bidadariku,
Namamu tak terukir
Dalam catitan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan
Untukku
Bidadariku...

Seorang perempuan solehah yang akan jadi bidadariku, yang akan aku cintai sepenuh hati dalam hidup dan mati, yang akan aku harapkan jadi teman seperjuangan menyulam masa depan, dan meniti jalan Ilahi, itu siapa? Aku tak tahu. Ia masih berada dalam alam ghaib yang belum dibukakan oleh Tuhan untukku. Jika waktunya tiba semuanya akan terang. Hadiah agung dari Tuhan itu akan datang." ~ Fahri bin Abdullah.


Moga kau kan hadir, suatu saat nanti.. belahan jiwa yang akan mendampingi hidupku. insyaAllah. (:


No comments: