Saatnya menikah hadirlah kini, terjalin ikatan hati ke hati..
Syukur terasa melihat mempelai, bertemu jodoh membina mahligai
Kuharap barakah iringi bersama, kekal bahagia di dalam redhaNya..
~ Nurdiyana Md. Nasir, 30hb Mac 2008
Khas buat Sis Nur Khairiah & Bro Mohammad Hafiz
I’m soo happy for u sis! Gembira dapat hadir di sana.. ^_^
Hmm.. kalau pergi majlis saudara-mara atau teman kita sendiri yang baru je dirikan rumah tangga, selalu jugak terdengar tetamu/kengkawan ucapkan selamat pada pengantin dengan "semoga bahagia dan dapat ramai anak." Oooh tapi kan, ada tau doa yang lebih lebih lebih (!) baik lagi dari Rasulullah s.a.w yang boleh kita hadiahkan buat kedua mempelai~
BaarakAllahu laka wa baaraka 'alaika wa jama’a bainakuma fi khair.. "Mudah-mudahan Allah memberkati kalian berdua dan melimpahkan keberkatan kepada kamu berdua, serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan.." (Hadith Shahih) Nak tahu kenapa istimewanya barakah? Ahaa ni ada sedikit petikan menarik yang Diy baca dari majalah Anis dan weblog Ummu Abdullah.. Akan terjawab soalan tu nanti insyaAllah :)
"Kita mahukan keberkatan kerana pada keberkatan itu ada ketenangan, kebahagiaan dan kegembiraan walaupun andainya hidup susah. Pada keberkatan ada rasa cukup dan puas dengan apa yang ada walaupun andainya sedikit, dan rasa syukur jika banyak.. Pendek kata, keberkatan memberi suatu rasa nikmat dan nikmat itu datangnya dari Allah. Ini sesuai dengan pengertian berkat yang diberi oleh para ’ulama iaitu "adanya kebaikan Tuhan pada sesuatu." - Majalah Anis
Sukaa sangat lihat keluarga yang muda tapi soleh tampaknya ^_^ :: Blog Hazamin ::
Barakah & Keluarga Penyayang
"Apapun yang berlaku, kedua-dua pasangan suami isteri saling bersyukur kepada Allah dikurniakan seorang yang menemani. Tatkala isteri melakukan kesilapan, suaminya tidak akan terus menyalahkan dan memarahi, akan tetapi timbul perasaan ingin membantu pasangan memperbaiki diri. Tatkala suami kelihatan tidak memahami, isteri tidak terus merajuk membawa diri, akan tetapi berusaha menerangkan pada suami. Bagaimanapun keadaannya, kan waktu berteman lebih baik dari bersendirian.
Mendoakan barakah bermakna anda mendoakan wujudnya bahagia, banyak anak, kekal dunia akhirat, sakinah mawaddah wa rahmah, pendek kata segala pengharapan yang di hujungnya ada kebaikan, semuanya terangkum dalam doa mencapai keberkatan. Dan berkat adalah keajaiban. Keajaiban yang hanya akan didapati oleh seorang yang beriman dengan sebenar-benarnya.. "
No comments:
Post a Comment